Monday, 28 November 2011

SANTAI-SANTAI DI TESCO CHENG MELAKA

Pagi-pagi Nenek dah cakap nk g TESCO ...yeah....bestnyer.  Kita nak g Tesco mana ni nek? Tesco Melaka ke Tesco Cheng.  Mama cakap Tesco Cheng dekat sikit.  Boleh lah bak kata adik......


Lepas bangun jer dari tido trus aq g mandi.....eeee sejuk lah air kat umah nenek ni....tapi xpe rumah nenek ada 'water heater' baru lah syok mandi....Lepas mandi dah siap-siap pakai baju nenek suruh sarapan plak.  Hari ni nenek buat Nasi Goreng, nasi goreng nenek best tapi pedas lah skit.  Tapi xpe aq memang suka pedas, orang Melaka mestilah kena makan pedas-pedas ye tak...Lepas sarapan trus kitaorang (Papa, Mama, Pakcik Lan, Makcik Lia, Adik & Nenek) g Tesco.  Pegi naik satu kete jer, nenek kata senang maklumlah nenek semua nak save.


Dah lah duduk berimpit-impit lima orang kat belakang...Pakcik pangku Adik, aq duk ngan Makcik Lia.....cian Makcik......xpelah Makcik bukan selalu kan...


Perjalanan dari rumah nenek ke Tesco Cheng lebih kurang 45 minit...jauh gak tu. Bila sampai jer...wah besarnya Tesco..biasalah selama ni kitaorang tak pernah pergi Tesco Cheng tu...jadi rasa kagumlah pulak.


Aq dan adik, bli barang-barang tuk sekolah taun depan 2012 (kasut, stokin, beg dan peralatan tulis).  Adik akan masuk sekolah Tadika.  Nenek pun bli gak, barang-barang dapur...Masa tengah tgk barang-barang tu tah mana-mana tah pakcik, makcik, adik, papa dan nenek pegi...tinggal mama ngan aq jer...penat cari satu Tesco akhirnya jumpa gak...Semasa papa & mama aq berada di kaunter bayaran aq, adik, pakcik dan makcik pergi ke kedai buku.  Pakcik pun beli Majalah Ujang dan tiga kotak air Milo.


Masa kitaorang nak kluar tu ternampak Kerusi Urut...aq pun cuba lah..RM1.00 untuk tiga minit...best gak...Keluarga aq pun try gak....Lepas tu kitaorang trus jer balik....Selamat Tinggal Tesco Cheng nanti aku nak pegi lagilah best tul.



Sunday, 27 November 2011

BUNNIE & TURTIE

Pada suatu hari di dalam Sebuah hutan terdapat seekor arnab yang berlari laju arnab itu bernama Bunnie.Semua haiwan-haiwan di dalam hutan itu tidak suka akan ia kerana ia sangat belagak.Ia tahu yang ia paling laju di dalam hutan itu.


Tiba-tiba Bunnie terserempak dengan seekor kura-kura yang berjalan sangat perlahan.Kura-kura itu bernama Turtie.Bunnie pun mengejek Turtie.


Bunnie:Hei!kura-kura akulah paling laju di dalam hutan ini!
Turtie:Hei!arnab kau jangan nak tunjuk lagak dengan aku.kalau kau paling laju di dalam hutan ini marilah berlumba dengan aku.
Bunnie:HaHaHaHaHa....
Turtie:apa gelak-gelak!
Bunnie:kau nak ajak aku berlumba....HaHaHaHa kau biar betul.
Turtie:Betullah kau ingat aku ini main-main ke!
Bunnie:Hei!kura-kura tak sedar diri kau cuba pikir kalau aku berlumba ngan kau mesti aku menang ko takde akal ke!
Turtie:Amboi?sedap mulut ko nak panggil aku kura-kura tak sedar diri kau tu sedar diri sangat ke?..kalau aku berlumba ngan kau mungkin aku menang....mana tahu?....
Bunnie:HaHaHaHa...ok,ok esok kita berlumba di sini..ok?
Turtie:ok...


keesokan harinya 


Turtie dan Bunnie pergi ke tempat yang mereka janjikan untuk berlumba..semua haiwan berada di situ Bunnie dan Turtie pun berada di situ juga dan pengadilnya ialah Encik Musang.


Encik Musang:ok 1,2,3...lari


Bunnie pun berlari dengan laju dan meninggalkan Turtie di belakang


Bunnie:HaHaHaHaHa....kura-kura lembab...


semasa Bunnie tengah lari dia berasa sangat penat dan berteduh di bawah pokok.


Bunnie:penatnyer!berteduh dululah di bawah pokok dulu.


semasa bunnie berteduh di bawah pokok lalu dia tertidur dan ia tidak sedar yang Turtie sudah melepasinya


Turtie:Amboi,sedapnya arnab tidur..ada peluang aku nak melepasinya


Tetapi Bunnie tidak sempat memenangi perlumbaan itu kerana Turtie sudah sampai di garisan penamat.Bunnie pun meminta maaf kepada Turtie kerana ia bercakap besar


                                   TAMAT


MORAL:jangan bercakap besar


kawan-kawan cerita ini menunjukkan pengajaran supaya kita tidak bercakap besar seperti Bunnie dan cuba menghormati orang lain.